Pertandingan Membaca Ikrar Rukunegara
Siapa pernah hafal Ikrar Rukunegara? Ikrar ini diperkenalkan pada awal 1970an. Pada tahun 1971 atau pun1972 saya mengambil bahagian dalam pertandingan membaca ikrar. Saya tidak pasti, tapi saya rasa pertandingan itu diadakan sempena Bulan/Minggu Muhibbah. Untuk tujuan itu mula-mula saya kena hafal ikrar tersebut. Kemudian kita hendaklah membuat ikrar itu dengan penuh yakin. Senang je kan? Rupa-rupa nak menghafal ni adalah masalah suatu masaalah bagi kebanyakan pelajar yang mengambil bahagian!! Oleh kerana saya telah menghafal dengan baik dan menyampaian dengan penuh keyakinan, maka saya menang di peringkat sekolah. Saya kemudiannya mewakili sekolah saya di peringkat daerah. Cikgu pesan untuk “buat elok-elok”. Saya sendiri pun tak tau macam mana lagi nak buat elok-elok. Yang saya tau saya sudah hafal ikrar, suara saya lantang dan sebutan saya juga sudah jelas. Ini bukan sajak atau syair, nak buat suara berirama atau mendayu-dayu. Saya masih ingat perta...