Pertandingan Membaca Ikrar Rukunegara

Image result for rukun negara malaysia
Siapa pernah hafal Ikrar Rukunegara? Ikrar ini diperkenalkan pada awal  1970an. Pada tahun 1971 atau pun1972 saya mengambil bahagian dalam pertandingan membaca ikrar. Saya tidak pasti, tapi saya rasa pertandingan itu diadakan sempena Bulan/Minggu Muhibbah.

Untuk tujuan itu mula-mula saya kena hafal ikrar tersebut. Kemudian kita hendaklah membuat ikrar itu dengan penuh yakin. Senang je kan? Rupa-rupa nak menghafal ni adalah masalah suatu masaalah bagi kebanyakan pelajar yang mengambil bahagian!!

 Oleh kerana saya telah menghafal dengan baik dan menyampaian dengan penuh keyakinan, maka saya menang di peringkat sekolah.

Saya kemudiannya mewakili sekolah saya di peringkat daerah. Cikgu pesan untuk “buat elok-elok”. Saya sendiri pun tak tau macam mana lagi nak buat elok-elok. Yang saya tau saya sudah hafal ikrar, suara saya lantang dan sebutan saya juga sudah jelas. Ini bukan sajak atau syair, nak buat suara berirama atau mendayu-dayu.

 Saya masih ingat pertandingan diadakan di Dewan Besar, Tanah Merah. Rasanya ada pertandngan lain tapi saya tak ingat pertadingan apa. Mungkin untuk sekolah menengah ada pertandingan deklamasi sajak atau mungkin juga pertandingan yang sama, cuma kaegori berbeza.

Yang saya ingat sampai sekarangg ialah dalam seramai-ramai peserta, hanya saya dan seorang peserta lagi yang menyampaikan ikrar itu dengan yakin dan jelas. Oleh kerana tubuh badan saya besar, dan peserta seorang lagi itu “kecik molek” maka dia yang mendapat tempat pertama dan saya mendapat tempat kedua. Kekadang saiz badan menjadi faktor. Kalau dalam sukan, lagi besar seseorang itu, tentunya mempunyai ”advantage” apabila bermain. Rupa-rupanya dalam pertandingan seperti di atas pentas, kecik itu lebih menarik. 

Comments

Popular posts from this blog

Pasar Tanah Merah

Madrasah Pondok Lama

Tanah Merah Kawasan Hitam