Pasar Tanah Merah
Sekarang Pasar Tanah Merah sudah jadi Pasar Besar Tanah Merah. Banyak sejarah pasar ini yang orang ramai tidak tahu.
Sebenarnya saya sendiri pun tidak tahu sangat sejarah pasar ini. Yang saya tahu pasar ini dulu hanya lah setingkat, dan mempunyai pintu masuk utama di sebelah utara dan selatan.
Kawan2 saya telah baik hati untuk melakar pelan asal Pasar Tanah Merah. Saya sendiri sudah lupa kebanyakan daripada gerai-gerai yang terdapat di dalam pasar ini.
("Jalan Hilir Pasar" dalam rajah di atas sepatutnya "jalan Ulu Pasar", iaitu sebelah selatan pasar)
Sebenarnya pasar ini adalah tempat lazim saya, kerana Pakcik dan Makcik saya mempunyai gerai kain masing-masing di sini. Kemudian mak pun ikut sama menjual kain di pasar ini.
Kalau cuti sekolah, mak selalu suruh saya datang ke pasar awal untuk "buka kedai". Mak akan datang lambat, dan banyak kali juga mak akan balik awal dan saya terpaksa tutup kedai untuk mak. Kalau waktu sekolah, sering jugak saya singgah di gerai mak sebelum ke sekolah. Apabila saya sudah 11 tahun, banyak kali juga mak suruh saya sahaja yang "jaga" kedai. Semua aktiviti-aktiviti ini membuatkan saya mengenali ramai penjual kain di pasar itu. Merka menjadi sebahagian hidup saya. Ada di antara mereka yang mengajar saya cara-cara untuk menegur dan menarik pelanggan untuk datang membeli.
Kedai, atau lebih tepat kalau disebut "gerai", hanya berukuran 4kaki x 4 kaki (1.2m x 1.2m) sahaja. Gerai ditutup dengan menggunakan kepingan kayu yang telah ditanda nombor-nombor, supaya apabila dibuka kayu-kayu disusun dan diikat dengan elok di satu sudut.
Pasar asal ini pernah terbakar. Para penjual kehilangan semua barangan jualan, dan mereka tiada insuran/takaful. Waktu itu saya sudah tidak lagi tinggal di Tanah Merah. Rasanya masa itu saya sedang menuntut di universiti. Pasar berpindah ke lokasi sementara yang memang tidak selesa.
Pasar 2-tingkat dibina menggantikan pasar lama itu. Saya pernah sekali naik ke pasar 2-tingkat ini. Kemudian pasar ini terbakar juga!! Saya rasa pasar yang ada sekarang adalah yang sudah dibaiki selepas kebakaran kedua itu dan saya tidak pernah menjejakkan kaki ke pasar baru ini.
Sejak ia menjadi 2-tingkat seperti sekarang, saya tidak pernah menjejak kaki pun ke dalam kawasan pasar ini. Kekadang ada sedikit rasa rindu kepada Pasar Tanah Merah, tapi saya sedar bahawa pasar yang ada dalam kenangan saya tidak sama dengan pasar yang wujud sekarang..

Comments
Post a Comment