Bukit Remah

Di antara bandar Tanah Merah dan Sungai Kelantan terletaknya Bukit Remah. Malah Bukit Remah adalah nama lama Tabah Merah!

Cakap pasal nama lama Tanah Merah, semasa mak nk hantar barang-barang rumah (kerana berpindah) dari Singapura ke Tanah Merah, pejabat KTM di Tanjung Pagar Singapura tidak jumpa nama stesen Tanah Merah. Mak terpaksa pilih Pasir Mas sebagai Stesen destinasi. Setelah duduk di Tanah Merah baru mak dapat tahu Tanah Merah tu nama baru, kalau rekod lama, nama stesen itu ialah Bukit Remah!!

Ada apa di atas Bukut Remah? Sekarang ni ada Hospital Tanah Merah. Dulu Hospital terletak di tepi Jln Pasir Mas, kecik je....

Atas bukit tu ada kebun getah orang tempatan. Kami suka je daki bukit tu. Ada sekali tu ada kawan bawa kamera dan ambil beberapa keping gambar. Ini je gambar yang ada dalam simpanan saya

Saya hanya kenal 2 “Ros” dalam gambar ni. Yang lain saya dah tak ingat nama. Kecuali salah seorang Ros, yang lain tu “senior” saya.

Dulu saya ada gambar yang kawan saya ambik dari bukit ni. Macam hutan je, kecuali nampak bangunan sekolah menengah dan masjid 😟

Kini saya lihat Bukit Remah dah tak tinggi macam dulu 😟. Adakah ini kerana saya sudah dewasa (dan tua)?

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pasar Tanah Merah

Madrasah Pondok Lama

Tanah Merah Kawasan Hitam