Bulan Ramadan Bahagian 1
Saya sudah semakin tua, banyak benda yang saya sudah lupa.... Tetapi apabila Ramadan menjelma, kenangan-kenangan manis di bulan Ramadan tetap menyentuh jiwa.... Antaranya: Sahur Juadah berbuka Ais untuk berbuka Solat Terawih Oleh kerana abah masih lagi bekerja di Singapura dan hanya akan pulang di hujung bulan, kebanyakan waktu Ramadhan hanya saya dan ibu sahaja. Walaupun kami mmpunyai jam loceng, kebanyakan pagi kami dikejut juga oleh bunyi kertuk surau berdekatan. Makanan sahur tidak begitu menarik, dan saya tidak ingat apa-apa juadah yang istimewa. Kebanyakan waktu kami sekadar memanaskan lauk pauk lebihan berbuka sahaja. Yang paling saya ingat ialah selepas imsak, kami akan ke surau untuk solat subuh. Jika kami berhajat untuk berbuka dengan kuih muih tertentu, perancangan nya akan bermula se awal pagi. Mak akan menyuruh saya membasuh dan merendan beras atau beras pulut, bergantung kepada kuih yang akan kami sediakan. Di waktu itu kami tidak pernah beli (atau ju...