Bulan Ramadan Bahagian 1
Saya sudah semakin tua, banyak benda yang saya sudah lupa....
Tetapi apabila Ramadan menjelma, kenangan-kenangan manis di bulan Ramadan tetap menyentuh jiwa....
Antaranya:
Oleh kerana abah masih lagi bekerja di Singapura dan hanya akan pulang di hujung bulan, kebanyakan waktu Ramadhan hanya saya dan ibu sahaja.
Tetapi apabila Ramadan menjelma, kenangan-kenangan manis di bulan Ramadan tetap menyentuh jiwa....
Antaranya:
- Sahur
- Juadah berbuka
- Ais untuk berbuka
- Solat Terawih
Oleh kerana abah masih lagi bekerja di Singapura dan hanya akan pulang di hujung bulan, kebanyakan waktu Ramadhan hanya saya dan ibu sahaja.
Walaupun kami mmpunyai jam loceng, kebanyakan pagi kami dikejut juga oleh bunyi kertuk surau berdekatan. Makanan sahur tidak begitu menarik, dan saya tidak ingat apa-apa juadah yang istimewa. Kebanyakan waktu kami sekadar memanaskan lauk pauk lebihan berbuka sahaja.
Yang paling saya ingat ialah selepas imsak, kami akan ke surau untuk solat subuh. Jika kami berhajat untuk berbuka dengan kuih muih tertentu, perancangan nya akan bermula se awal pagi. Mak akan menyuruh saya membasuh dan merendan beras atau beras pulut, bergantung kepada kuih yang akan kami sediakan. Di waktu itu kami tidak pernah beli (atau jumpa?) tepung beras atau tepung pulut dijual di kedai. Kalau nak makan kuih yang menggunakan tepung pulut seperti ondeh-ondeh, puteri mandi atau "butir nangka", makan tepung pulut akan direndam sebaik balik dari solat subuh di surau.
Semasa saya di sekolah rendah, bulan puasa jatuh di waktu cuti sekolah akhir tahun, jadi boleh dikatakan sering juga lah saya dan mak membuat kuih untuk berbuka.
Selepas zuhur, saya akan mula mengisar tepung beras atau pulut yang telah direndam tadi. Teknik kisaran hendaklah betul, supaya adunan tidak terlalu cair. Kalau terlalu pekat, batu kisar akan menjadi terlalu berat untuk dipusing.
Untuk pewarna hijau pula, saya akan menumbuk beberapa helai daun pandan. Saya selalu ingat pesan mak - gunakan daun yang tua kalau mahukan warna hijau, dan gunakan daun muda (pucuk) kalau mahukan wanginya (seperti untuk memasak sirap atau agar-agar).
Kalau beras yang direndam, maknanya kuih yang akan dibuat itu mungkin bubur som-som (ini bukan makanan orang Kelantan), tepung pelita, lompat tikam atau kuih berbungkus seperti belebad, atau kuih naga sari (juga bukan kuih Kelantan). Kalau beras pulut yang direndam, maka kuih yang akan dibuat ialah ondeh-ondeh, "butir nangka" atau putri mandi.
Mebuat kuih muih yang saya sebutkan tentunya memakan masa yang lama, dan amaun yang dihasilkan pun tentunya agak banyak. Apabila kuih sudah siap, maka menjadi tugasan saya juga lah untuk menghantar sedikit kuih muih tersebut kepada jiran-jiran kami.
Saya tidak mempunyai ingatan membeli kuih muih yang sudah siap. Adakah kerana di waktu itu tidak ramai orang yang menjual? Atau pun, kalau ada pun, perlu ke Pasar Besar Tanah Merah yang terletak di pusat bandar?
Yang saya pasti ialah mak saya memang suka menyediakan kuih muih untuk berbuka, walaupun proses nya begitu rumit dan akan memakan masa sehari suntuk!
Kalau lah mak masih hidup (dia akan berumur 90 tahun), saya akan tunjukkan kepada mak betapa senangnya nak buat kuih sekarang. Daun pandan masukkan je ke dalam blender, kemudian dibancuh bersama tepung pulut. saya akan cakap kat mak yang kuih seperti ondeh-ondeh boleh saya mula membuatnya satu jam sebelum waktu berbuka, tidak perlu mulakan sebaik selepas solat zuhur!!
Comments
Post a Comment