Posts

Showing posts from February, 2019

Asal nama Sri Suria

Image
Majalah sekolah pertama sekolah saya dikeluarkan pada akhir 1970, dengan nama Sri Suria. Saya masih ingat, Guru Besar sekolah kami, Puan Rabiatul, memberitahu kami Sri itu singkatan untuk "Sekolah Rendah Inggeris", dan Suria dipilih kerana ia bererti matahari, dan matahari adalah sumber segala tenaga. Selepas penerbitan majalah sekolah pada 1970, saya rasa tiada lagi majalah sekolah sehingga saya tamat sekolah rendah di akhir 1974.... (pembetulan pada 13 Feb 2020: ada sebuah lagi majalah diterbitkan pada 1974, tetapi siap pada 1975, saya tidak pernah dapat dan tidak pernah melihatnya) Selepas 1974, tiada lagi aliran Inggeris di sekolah kami, dan sekolah terpaksa menukar nama daripada SRJKI (sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris) kepada "Sekolah Rendah Kebangsaan", nama Sri Suria dipilih sebagai nama sekolah, dan sekolah saya menjadi SRK Sri Suria. SRK Sri Suria mencipta nama dan berkembang pesat, sehingga terpaksa dipecah menjadi SRK Sri Suria I SK...

Buah-buahan Hutan

Image
Ketika zaman sekolah rendah saya di Tanah Merah, saya banyak mengenali buah-buahan hutan, yang sebelum itu sama ada saya jarang jumpa, atau memang saya tidak kenal!! Buah-buahan hutan ini dinamakan sedemikian kerana pokok-pokok buah-buahan ini tidak ditanah, tetapi tumbuh meliar di hutan, atau di pinggir kampung atau rumah. Antara buah-buahan hutan yang menjadi kegemaran kami ialah buah sekiat, rambai, buah "kerkuk", buah kecupu, rambutan kampung dan " buah jentik ". Dalam banyak-banyak buaha-buahan ini, "buah jentik" lah yang menjadi kegemaran saya. Rasanya masam manis macam rambai, kekadang macam buah sekiat. Yang menariknya, buah yang masak akan senang terbuka apabila disentuh, sebab tu dipanggil buah jentik, kerana kalau kita jentik dia, terus dia terbuka!! Saya ingat lagi bagaimana ketika dalam perjalanan ke sekolah, saya akan singgah di pasar untuk membeli setangkai buah jentik dengan harga 10 sen (duit bekal yang mak beri ialah 20 sen). Setang...

Kuih Bakul aka Nian Gao

Image
Seingat saya, ketika Tahun Baru Cina di Singapura, tuan rumah yang kami sewa yang berbangsa Cina akan meberikan kami air oren (F&N), kacang tanah (goreng & masih dalam kulit) dan limau mandarin. Apabila mula tinggal di Tanah Merah, kami takde dah terima air oren atau pun kacang. Walau bagaimana pun, di Tanah Merah lah saya mula kenal kuih bakul . (gambar dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Kuih_bakul ) Di kalangan penjual kain di Tanah Merah, terdapat beberapa orang Cina. Mereka ini akan menghadiahkan kuih bakul ni kepada kami menjelang Tahun Baru Cina. Makcik pula memang mempunyai ramai kawan Cina di kalangan penjual-penjual dalam Pasar Tanah Merah dan juga kedai-kedai berdekatan. Mereka juga akan menghadiahkan kuih bakul kepada makcik. Mula-mula saya tidak berapa gemar makan kuih bakul yang manis dan  melekit ini. Tetapi makcik saya kata ianya sedap kalau digoreng!! ada orang hiris kuih bakul ni nipis-nipis (macam nak goreng ubi), celup dalam telur dadar da...