Buah-buahan Hutan

Ketika zaman sekolah rendah saya di Tanah Merah, saya banyak mengenali buah-buahan hutan, yang sebelum itu sama ada saya jarang jumpa, atau memang saya tidak kenal!! Buah-buahan hutan ini dinamakan sedemikian kerana pokok-pokok buah-buahan ini tidak ditanah, tetapi tumbuh meliar di hutan, atau di pinggir kampung atau rumah.

Antara buah-buahan hutan yang menjadi kegemaran kami ialah buah sekiat, rambai, buah "kerkuk", buah kecupu, rambutan kampung dan "buah jentik".

Dalam banyak-banyak buaha-buahan ini, "buah jentik" lah yang menjadi kegemaran saya. Rasanya masam manis macam rambai, kekadang macam buah sekiat. Yang menariknya, buah yang masak akan senang terbuka apabila disentuh, sebab tu dipanggil buah jentik, kerana kalau kita jentik dia, terus dia terbuka!!

Saya ingat lagi bagaimana ketika dalam perjalanan ke sekolah, saya akan singgah di pasar untuk membeli setangkai buah jentik dengan harga 10 sen (duit bekal yang mak beri ialah 20 sen). Setangkai buah itu lebih daripada cukup untuk saya makan bersama-sama kawan-kawan ketika rehat.

Sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang buah ini, boleh membaca di blog kegemaran saya ini:

http://animhosnan.blogspot.com/2013/05/buah-jentik-baccaurea-polyneura-adalah.html


Ini pula gambar saya "pinjam" daripada blog Dedaun Alam 


Sudah lebih 45 tahun saya tak jumpa buah ini!!! Agaknya kalau saya bertemu buah ini semula, adakah rasanya saya rasakan sesedap dahulu? Hmmm........

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pasar Tanah Merah

Madrasah Pondok Lama

Putu Halba (& Orang Kelantan)