Posts

Showing posts from September, 2019

Bubur Asyura

Apabila 10 Muharram tiba, maka bermula lah musim bubur asyura. Pengalaman saya dengan bubur asyura ini ialah pada tahun 1970. Sebelum itu saya di Singapura dan tidak pernah perasan pun dengan istilah bubur asyura. Sek Agama Al-Ihsan ketika itu adalah sebuah sekolah agama rakyat yang terletak berdekatan dengan rumah saya. Alamat rumah saya D-***, Jalan Sekolah Arab, Tanah Merah; memangpun merujuk kepada sekolah tersebut.  Pada tahun 1970 sekolah tersebut telah mengadakan Majlis Kacau Bubur Asyura, dan telah menghantar jemputan kepada kejiranan yang terdekat, termasuk lah ke rumah kami. Arwah mak malas untuk hadir, sebaliknya memberikan saya $2 dan menyuruh saya sahaja yang hadir. Alasan mak, saya kenal rapat dengan jiran kami, Kak Pah & Kak Yah, yang merupakan pelajar di situ. Malah, bapa kepada Kak Pah & Kak Yah, iaitu Tuan Haji Othman, adalah Guru Besar sekolah itu pada waktu itu. Mak saudara Kak Pah dan Kak Yah, iaitu Kak Nik Rashidah, juga merupakan pelajar di situ. ...

Bukit Remah

Pada akhir 1969, semasa kami mahu berpindah dari Singapura ke Kelantan, arwah mak meminta barang-barang kami dihantar oleh KTM (Keretapi Tanah Melayu) dari stesen Tanjung Pagar (Singapura)  ke stesen Tanah Merah. Orang yang bertugas di stesen Tangjung Pagar berkeras mengatakan tiada stesen bernama "Tanah Merah" dalam senarai stesen-stesen KTM untuk perkhidmatan Keretapi Mel. Jenuh arwah mak bertekak dengan mereka. Akhirnya arwah mak akur, dan setuju untuk barang-barang kami dihantar ke Pasir Mas. Apabila kami pulang ke Kelantan baru kami tahu stesen Tanah Merah adalah "stesen baru" untuk Keretapi Mel. Seblum itu ia hanya lah sebuah stesen untuk perkhimatan keretapi tempatan sahaja ("Local car"). Sebelum itu ia dikenali sebagai stesen "Bukit Remah" dan tidak termasuk dalam senarai stesen Keretapi Mel. Saya bertanya arwah mak, kenapa "Bukit Remah"? Mak kata Bukit Remah itu adalah nama bukit (yang tak berapa tinggi pun) yang terletak d...