Bubur Asyura

Apabila 10 Muharram tiba, maka bermula lah musim bubur asyura. Pengalaman saya dengan bubur asyura ini ialah pada tahun 1970. Sebelum itu saya di Singapura dan tidak pernah perasan pun dengan istilah bubur asyura.

Sek Agama Al-Ihsan ketika itu adalah sebuah sekolah agama rakyat yang terletak berdekatan dengan rumah saya. Alamat rumah saya D-***, Jalan Sekolah Arab, Tanah Merah; memangpun merujuk kepada sekolah tersebut.  Pada tahun 1970 sekolah tersebut telah mengadakan Majlis Kacau Bubur Asyura, dan telah menghantar jemputan kepada kejiranan yang terdekat, termasuk lah ke rumah kami. Arwah mak malas untuk hadir, sebaliknya memberikan saya $2 dan menyuruh saya sahaja yang hadir. Alasan mak, saya kenal rapat dengan jiran kami, Kak Pah & Kak Yah, yang merupakan pelajar di situ. Malah, bapa kepada Kak Pah & Kak Yah, iaitu Tuan Haji Othman, adalah Guru Besar sekolah itu pada waktu itu. Mak saudara Kak Pah dan Kak Yah, iaitu Kak Nik Rashidah, juga merupakan pelajar di situ.

Apabila saya tiba di sekolah itu, saya disambut oleh Kak Pah dan Kak Yah. Seorang mualaf yang aktif dengan "Red Cross" sekolah tersebut yang bernama Bilal (rasanya) juga ada datang berbual dengan saya. Bilal suka mengusik saya dengan mengatakan saya ni sebenarnya adiknya. Ini ialah kerana saya berkulit putih dan kelihatan macam Cina.

Tidak lama selepas saya tiba, Kak Yah dan rakan-rakan datang menghidangkan "Bubur asyura" kepada saya. Saya terkejut melihat bubur asyura itu tidak seperti bubur (cair dan dihidang dalam mangkuk), sebaliknya bubur asyura kelihatan seperti puding, yang dipotong-potong dan tersusun elok dalam pinggan.

Saya pun ambil sepotong bubur asyura itu dan memasukkan ke dalam mulut saya. Ketika itu saya menjangka ia manis seperti kuih-kuih lain yang saya kenal (seperti bingka ubi, koleh kacang, dsbnya), tetapi terkejut kerana ia mempunyai rasa berempah, dan mempunyai urat-urat daging (lembu dan ayam). Saya hampir nak muntah!! Ketika itu lah saya tau saya tidak suka dengan rasa bubur asyura versi Kelantan itu. Saya terpaksa minum air sejuk lebih 1 gelas untuk menghilangkan rasa bubur asyura yang saya tidak suka itu. Saya tidak mampu untuk habiskan potongan itu. Walau bagaimanapun, setelah saya memberikan wang $2 itu kepada Kak Yah, mereka bungkuskan sedikit bubur asyura untuk saya bawa pulang untuk mak. Mak saya seronok dapat bubur asyura dan dia seorang yang habiskan bubur asyura yang saya bawa balik itu.

Dua tahun kemudian, saya ada mengikut isteri pakcik saya balik ke kampungnya di Cekok Tok Cobo. Ketika itu musin durian dan bubur asyura. Oleh kerana saya tau saya tidak suka bubur asyura, saya tidak ambik pot apabila orang berebut-rebut mengambil bubur asyura yang panas dan masih cair. Salah seorang anak buah makcik saya tu beria-ia menyuruh saya mengambil tempurung kelapa yang kosong dan mengisi bubur asyura ke dalamnya. Dia kata sedap... Untuk tidak mengecewakan dia, saya pun ikut kata dia. Anihnya, malam itu, saya boleh makan bubur asyura cair itu, dan saya rasa boleh tahan juga sedap bubur asyura ni.... Sayangnya itu lah satu-satunya waktu tekak saya dapat terima bubur asyura. Esoknya, apabila orang dok makan bubur asyura yang sudah keras, saya cuba nak makan tapi tekak saya masih tidak boleh terima. :(
Sejak dari itu, sampai sekarang, saya tidak cuba untuk makan bubur asyura lagi....



Lebih 10 tahun kemudian, apabila saya menjadi guru di Perak, dan pelajar-pelajar saya mengadakan "Majlis Mengacau Bubur Asyura", saya tidak berminat untuk hadir, Esok tu apabila ke sekolah, ada pelajar berikan saya sebekas bubur asyura yang berwarna putih. Bila saya cuba makan, saya suka rasa bubur asyura itu!! Rasanya manis seperti puding yang penuh dengan macam-macam rasa - kekacang dan jagung. Sedapp!!!!

Kesimpulannya saya saya memang suka bubur asyura versi Utara (Kedah & Perak) :)


Comments

Popular posts from this blog

Pasar Tanah Merah

Madrasah Pondok Lama

Tanah Merah Kawasan Hitam