2 Brown (1970) - 6 Brown (1974)

Kelas pertama saya ialah 2 Brown, pada 1970. Ini ialah gambar kelas kami:


Pada mulanya saya tidak sedar apa maknanya nama-nama kelas yang diberikan. Setelah seketika baru saya tau kelas Brown ialah untuk kelas “A”, Pink untuk “B” dan White untuk kelas “C”.

Saya kekal di kelas "Brown" sehingga darjah 6 (1974). Ada kawan dari kelas 2 Pink masuk kelas 3 Brown, dan selepas itu kawan dalam 3 Pink masuk kelas 4 Brown, jadi jumlah rakan-rakan saya adalah lebih daripada yang dalam gambar di atas sahaja.

Zaman dahulu bukan mudah nk bergambar. Pihak sekolah hanya buat sesi bergambar pada 1970 dan 1972 sahaja.

Ini pula adalah gambar 4 Brown 1972:



Apabila saya masuk ke sekolah berasrama apabila di tingkatan 1, saya hanya dapat berjumpa dengan rakan-rakan sekolah rendah semasa cuti sekolah sahaja. Apabila ibu saya meninggal dunia pada akhir 1975, saya mula jarang pulang ke Tanah Merah. Saya banyak habiskan cuti sekolah dengan abah saya yang ketika itu masih bekerja di Singapura. Selepas tingkatan 5, saya dapat ke Australia sebelum keputusan SPM keluar lagi, jadi saya memang tidak ada masa "bercuti menunggu kepuitusan SPM". Sekembali saya dari Australia, saya mula bekerja di Ipoh, Perak. Saya hanya ke Tanah Merah pada hari raya sahaja, tetapi tidak sempat untuk mencari kawan-kawan.

Walau bagaimana pun masih ada kawan-kawan yang cuba hubungi saya dengan meninggalkan nombor telefon mereka pada sepupu saya.  Alhamdulillah, kami dapat berhubung semula, dan mengakrabkan kembali ukhuwah kami. Saya selalu beritahu suami saya bahawa rakan-rakan sekolah saya adalah orang-orang yang amat berharga kepada saya, kerana saya kenali mereka sebelum saya kenali suami saya, hehehe!!

Kini di kalangan rakan-rakan saya, ada yang dah jadi peniaga yang berjaya, Professor, Pengarah, Pengetua, Guru Besar, pegawai tinggi kerajaan, jurutera, dan macam-macam kerjaya lagi. Saya amat berbangga dengan pencapaian mereka.

 Saya juga amat bersyukur kerana di kalangan kebanyakan kami, kami masih berhubung.  Walaupun beberapa kawan saya telah pergi mengadap Ilahi, saya bersyukur kerana kami yang masih hidup masih teruskan ukhuwah kami. Kehadiran media sosial seperti Facebook dan Whatsapp banyak membantu kami untuk terus berhubung.

Comments

Popular posts from this blog

Pasar Tanah Merah

Madrasah Pondok Lama

Putu Halba (& Orang Kelantan)