Antara Dua Darjat
Zaman 1970an, kejiranan tertentu sahaja yang ada elektrik. Kebanyakan rumah di bandar, serta rumah-rumah yang terletak di sepanjang jalan besar: Tanah Merah - Kusial, Tanah Merah - Pasir Mas dan Tanah Merah-Batu Gajah (yang dikenali sebagai Jalan Jedok).
Bekalan letrik disediakan oleh agensi kerajaan yang dikenali sebagai LLN (Lembaga Letrik Negara). Pada pertengahan 1980an baru LLN menjadi syarikat swasta dengan kerajaan Malaysia sebagai pemegang saham utama, dan dikenali sebagai TNB (Tenaga Nasional Berhad). Sehingga sekarang, TNB masih menjadi membekal letrik tunggal negara, satu monopoli yang selesa bagi TNB.
Walaupun rumah saya terletak di jalan kampung berdekatan dan yang selari dengan Jalan Jedok, namun kami tidak mendapat bekalan letrik. Mak pernah pergi ke pejabat LLN bertanyakan bila boleh dapat bekalan letrik. Mereka kata tiada peruntukan memasang tiang letrik di jalan kami. Mak siap tanya, kalau nak pasang sendiri berapa kos? Orang di LLN tu kata untuk sampai ke rumah kami, LLN perlu pasang lebih daripada 20 tiang dengan kos lebih $500!! Masa tu gaji cikgu pun dalam $200+ sahaja, rasanya. Terkedu mak bila dengar jumlah itu! Orang LLN siap kata, kalau mak boleh dapatkan orang-orang kampung untuk sama-sama kongsi bayaran tinag lampu tu, mereka boleh uruskan. Kalau tidak, tunggu lah peeruntungan kemudian hari untuk dapatkan letrik.
Aduhai!! Kami semua ni orang kampung, yang tak ada pendapatan tetap... Maka mak pun pasrah lah, balik rumah. Kami teruskan kehidupan tanpa letrik. Sehingga saya tamat sekolah rendah, kami, yang rumah tidak sampai 200m dari jalan besar, masih dalam "kegelapan". Kampung kami hanya mendapat bekalan letrik daripada LLN pada 1977 atau 1978.
Saya masih ingat, apabila pergi sekolah, saya hanya mampu mendengar sahaja apabila kawan-kaawan yang ada letrik dan ada tv berbincang tentang program-program tv malam sebelumnya......
Selain daripada tidak dapat menonton tv, kami juga terpaksa menggosok baju sekolah dengan cara lama... sterika arang!!!
Sesungguhnya pada ketika itu, terdapat dua darjat antara kami - yang ada letrik dan yang tidak....

gambar (dari https://www.flickr.com/photos/158503328@N06/37123087654https://www.flickr.com/photos/158503328@N06/37123087654 )
Sesungguhnya pada ketika itu, terdapat dua darjat antara kami - yang ada letrik dan yang tidak....
Comments
Post a Comment