Ke Sekolah Berkaki Ayam
Saya masih ingat hari-hari awal saya di Sekolah Inggeris Tanah Merah. Waktu itu musim tengkujuh belum tamat. Jalan yang tidak ber-tar dari rumah saya ke sekolah memang penuh dengan lecak. Saya berkaki ayam ke sekolah. Sayatidak memakai selipar jepun kerana kalau berselipar jepun, setiap langkah akan menyebabkan percikan lumpur yang melekat di selipar jepun itu terpalit di bahagian belakang skirt sekolah saya. Kasut sekolah dibungkus dalam beg plastik, bersama dengan sepasang stokin putih dan tuala good morning.
Apabila sampai ke sekolah, saya akan basuh kaki, lap dengan tuala good morning, pakai stokin dan sarung kasut putih saya. Dengan cara ini kasut saya memang tahan putih sehingga akhir minggu.
Saya teruskan cara ini sehingga hujan berkurangan dan jalan tidak terlalu lecak.

Comments
Post a Comment