Kebosanan Anak Tunggal

Saya bukan anak tunggal, tetapi ketika saya kanak-kanak saya tidak punyai adik-beradik yang sebaya, jadi saya membesar seperti anak tunggal.

Kadang-kadang Kak Pah dan Kak Yah (anak tok guru mengaji aaya) akan datang menemani kami tidur malam-malam. Kalau masa cuti sekolah, Kak Yah ada juga lah datang ke rumah di siang hari. Waktu-waktu lain, saya hanya menghabiskan masa seorang diri.

Pada waktu itu tiada elektrik, jadi kami tiada tv. Yang ada cuma radio transistor kecil, dan kemudiannya pemain piring hitam. Radio pulak hanta ada 1stesen yang kami boleh faham iaitu Rangkaian Nasional. Rangkaian Biru ialah  untuk Bahasa Inggeris dan mana lah saya faham sangat Bahasa Inggeris ketika itu.

Saya masih ingat suatu hari tu saya ke kedai runcit berdekatan. Dalam perjalanan pergi dan balik, saya akan melalui depan rumah jiran saya (mungkin 80 meter hari rumah saya). Mereka mempunyai beberapa orang anak (4, atau 5). Dalam perjalanan balik saya nampak mereka main masak-masak bersama-sama. Si kakak menggoreng cekodok pisang (betul2 memasak di depan rumah) dan adik-adik menyusun piring-piring serta cawan-cawan untuk makan dan minum bersama-sama.

Apabila sampai di rumah, saya ceritakan kepada mak apa yang saya lihat. Saya kata tentu seronok mereka dapat bermain masak-masak betul-betul. Mak jawab balik kat saya, “yah kan pandai masak. Buat lah cekodok sendiri”. Hadoi mak.... mak tak faham... bukan aktiviti memasak tu je yang menyeronokkan, tetapi kerana dapat buat beraama-sama dengan orang lain tu yang lebih seronok.

Selepas daripada itu saya tidak lagi bersungut kepada mak. Saya cuba enjoy setakat yang saya mampu. Sampai sekarang saya teringat peristiwa hari itu.

Apabila Aina (anak bongsu saya) di rumah sorang sahaja, apabila kakak dan abang-abangnya berada di luar (university & sek menengah), saya tahu dan faham kesunyian dan kebosanan yang Aina rasa..... sekurang-kurangnya Aina sudah ada tv dan internet 😍

Comments

Popular posts from this blog

Pasar Tanah Merah

Madrasah Pondok Lama

Tanah Merah Kawasan Hitam