Kedai-Kedai Buku di Tanah Merah
Sejak saya mula menetap di Tanah Merah pada November 1969 hingga 1977, terdapat hanya dua kedai buku di tanah Merah - Chop Soon Tuan & M.I. Ariffin Bookstore.
Yang menarik bagi saya ialah anak kepada kedua-dua tuan punya kedai itu adalah rakan sebaya saya di sekolah rendah!
Chop Soon Tuan terletak dekat dengan lintasan keretapi, di sebelah pekan, manakala MI Ariffin pula terletak di sebelah kanan Jalan Jedok (jalan utama ke Jedok, dan setersnya Jeli), selepas Lintasan keretapi dan tidak jauh selepas Balai Polis Tanah Merah.
Kalau nak bandingkan dengan kedai-kedai buku yang ada sekarang, kedua-dua kedai ini terlalu sedikit koleksi buku-buku mereka. Walau bagaimanapun kedua-dua kedai ini merupakan tempat saya mendapatkan bekalan buku teks, serta majalah Dewan Pelajar, majalah Bujal dan beberapa buku lain.
MI Ariffin lebih tertumpu kepada buku-buku Bahasa Malaysia, manakala di samping buku-buku Bahasa Malaysia, Chop Soon Tuan mempunyai sedikit koleksi buku-buku Bahasa Inggeris.
Kedua-dua kedai ini jugalah merupakan tempat penduduk tempatan mendapat bekalan suratkhabar. Saya tidak tau pukul berapa atau selewat mana suratkhabar tiba, kerana bagi kami di waktu itu, suratkhabar adalah sesuatu yang mahal dan tidak mampu dibeli setiap hari. Sumber berita bagi kami hanyalah radio. Bacaan utama saya ialah Dewan Pelajar dan kadang kala Utusan Pelajar. Ketika itu saya dapati kandungan Utusan Pelajar (yang berbentuk seperti akhbar) lebih sesuai utuk sekolah menengah kerana banyak isi kandungannya saya tidak faham. Saya masih ingat, apabila edisi baru Dewan Pelajar keluar, saya akan habiskan membacanya dalam sehari sahaja, dan selepas itu rasa lama sangat untuk tunggu ke bulan hadapan untuk mendapat edisi seterusnya.
Novel pertama yang saya beli sendiri ialah novel Ranjau Sepanjang Jalan, nukilan Shahnon Ahmad. Ketika itu novel itu merupakan teks sastera bagi pelajar sekolah menengah. Saya beli novel itu ketika saya berumur 8 tahun, kerana terpengaruh dengan perbincangan tentang novel itu di Radio Pendidikan.
Apabila edisi baru sesuatu majalah baru tiba, ia akan digantung di bahagian hadapan kedai. Apabila majalah itu tidak kelihatan digantung, itu bermakna edisi itu telah habis terjual. Kadang-kadang apabila edisi lama belum habis, kami akan dapat melihat 2 edisi berbeza majalah yang sama digantung sebelah menyebelah!!
Apabila saya lihat kedai-kedai buku yang ada sekarang, saya dapat rasakan betapa bertuahnya anak-anak sekarang. Tinggal mahu baca atau tidak sahaja.

Ada lagi ke kedai tu tuan?
ReplyDeleteSaya tidak pasti, sebab saya sudah tidak menetap di sana 😢
Delete