Kem Tentera Tanah Merah
Ketika itu (1970an), terdapat sebuah kem tentera di kawasan mengadap Sek Men Dato Mahmud Paduka Raja. Selain daripada kehadiran mereka untuk mengawal keselamatan, mereka juga menyediakan perkhidmatan lain seperti sebuah klinik yang dibuka untuk orang awam.
Selain daripada itu pada hujung minggu, mereka akan mengadakan tayangan wayang gambar percuma kepada masyarakat setempat. Pada mulanya saya tidak pergi melihat tayangan itu kerana arwah mak tidak benarkan.
Pada tahun 1972 atau 1973, abang saya, Abang Mat, yang merupakan ahli Askar Melayu, dipindahkan ke kem tersebut. Apabila "off duty" Abang Mat akan datang menziarahi kami. Saya ingat ada satu kali tu Abang Mat beritahu saya akan ada tayangan wayang gambar di kem, dan bertanya adakah saya mau pergi menonton? Mak kata kalau Abang Mat datang ambil dan hantar saya balik, mak akan benarkan. Abang Mat setuju.
Bila tiba harinya, Abang Mat datang mengambil saya untuk menonton tayangan wayang mereka. Saya masih ingat, cerita malam itu ialah "The Alamo". Saya pun hairan, kenapa lah mereka tayangkan cerita perang yang sedih (sad-ending)....
Tidak lama selepas itu Abang Mat dipindahkan ke kem yang dekat dengan Batu Gajah (16km dari Tanah Merah). Saya pun tidak lagi berpeluang menonton wayang percuma di Kem. Mungkin rakan-rakan saya yang rumah mereka berdekatan dengan Kem pernah menonton lebih banyak filem wayang yang ditayangkan di sana.

Comments
Post a Comment