Kenderaan ke Sekolah
Mula-mula saya ke sekolah berjalan kaki. Kemudian mak dapatkan saya seorang pakcik beca, yang memang mengambil upah menghantar dan mengambil pelajar-pelajar ke sekolah. Pakcik boleh muatkan 4 orang kanak-kanak di hadapan, dan kadang-kadang 2 org kanak-kanak akan berdiri di bahagian belakang (tempat letak barang). Perkhidmatan penarik beca untuk meenghantar pelajar-pelajar ke sekolah adalah antara pilihan yang popular diwaktu itu. Sesami kami akan bersorak-sorak meminta pakcik beca kami mengayuh lebih cepat kerana hendak berada di hadapan, terutamanya ketika balik sekolah. Ada pakcik beca yang buat lebih daripada 1 "trip", jadi pelajar yang naik awal dan penuhi beca dahulu, akan dihantar dahulu. Biasanya rumah0rumah kami tidak begitu jauh daripada sekolah. mungkin dalam 1 - 1.5km sahaja.
Saya tidak lama berbeca, kerana saya kasihan melihat pakcik mengayuh basikal, terutamanya di kawasan yang tinggi (naik bukit). Lagipun, apabila sudah ada rakan, kami lebih seronok berjalan kaki sama-sama ke sekolah.
Apabila saya sudah pandai mengayuh basikal (ketika berumur 10 tahun, darjah 4) saya ke sekolah dengan basikal.
Rakan-rakan saya yang jauh sedikit menaiki bas ke sekolah. Masa itu bas sekolah khas tidak ada lagi. Mereka naik bas awam, tapi mereka mempunyai sistem kad bulanan yang mana terdapat angka 1-31 di kad itu (untuk mewakili haribulan). Setiap nombor akan boleh diketip lubang 2 kali sahaja, iaitu sekali untuk pergi sekolah dan sekali lagi untuk balik.
Rakan-rakan yang anak polis lebih bertuah, kerana pergi sekolah dan balik dengan trak polis! Masa itu saya rasa iri terhadap mereka kerana mereka ramai-ramai menaiki trak (kenderaan yang nampak besar dah gah.
Walaupun tidak ramai, terdapat juga kawan-kawan yang datang ke sekolah dengan kereta. Salah seorang kawan saya ialah anak DO (District Officer) iaitu Pegawai Daerah. Memang setiap hari dia datang kesekolah dengan kenderaan mahal yang dipandu oleh driver (pemandu).
Saya tidak pasti bila perkhidmatan "Bas Sekolah" wujud. Mungkin selepas saya tinggalkan sekolah rendah.

(Gambar diambil dari laman http://malaysiagazette.com/blog/2017/07/06/beca-roda-tiga-dah-hilang-baru-celik-mata/ )
Apabila saya sudah pandai mengayuh basikal (ketika berumur 10 tahun, darjah 4) saya ke sekolah dengan basikal.
Rakan-rakan saya yang jauh sedikit menaiki bas ke sekolah. Masa itu bas sekolah khas tidak ada lagi. Mereka naik bas awam, tapi mereka mempunyai sistem kad bulanan yang mana terdapat angka 1-31 di kad itu (untuk mewakili haribulan). Setiap nombor akan boleh diketip lubang 2 kali sahaja, iaitu sekali untuk pergi sekolah dan sekali lagi untuk balik.
Rakan-rakan yang anak polis lebih bertuah, kerana pergi sekolah dan balik dengan trak polis! Masa itu saya rasa iri terhadap mereka kerana mereka ramai-ramai menaiki trak (kenderaan yang nampak besar dah gah.
Walaupun tidak ramai, terdapat juga kawan-kawan yang datang ke sekolah dengan kereta. Salah seorang kawan saya ialah anak DO (District Officer) iaitu Pegawai Daerah. Memang setiap hari dia datang kesekolah dengan kenderaan mahal yang dipandu oleh driver (pemandu).
Saya tidak pasti bila perkhidmatan "Bas Sekolah" wujud. Mungkin selepas saya tinggalkan sekolah rendah.
Comments
Post a Comment