Tanah Merah Kawasan Hitam

Di tahun 1960-an dan 1970-an, sesuatu kawasan di negeri Kelantan dikategorikan sebagai kawasan hitam atau putih. Kawasan putih ialah kawasan yang dianggap selamat, seperti Kota Bharu Pasir Putih, Bachok dan Pasir Mas, manakala kawasan hitam pula ialah kawasan yang dianggap tidak selamat dan masih dikhuatiri diancam komunis.

Tanah Merah adalah antara bandar/pekan yang dikategorikan sebagai kawasan hitam. Kawasan hitam memerlukan pemantauan oleh pasukan tentera. Di Tanah Merah, kawasan di hadapan stesen keretapi Tanah Merah,  bersebelahan dengan kilang papan, merupakan Kem askar. Kem tersebut juga bertentang dengan Sek Men Dato Mahmud Paduka Raja.


Daripada Google Maps Ⓡ, kem askar dulu terletak dalam petak merah:


Dari pekan Tanah Merah menuju ke Batu Gajah, Batu Melintanh dan Jeli, semua itu adalah kawasan hitam. Memang terdapat kem-kem askar di kawasan tersebut. Jeli adalah destinasi yang begitu jauh dan amat "ulu" ketika itu!!

Apakah implikasi apabila dilabelkan sebagai kaawasan hitam? Majlis-majlis keramaian, seperti konsert, pertunjukan wayang kulit, sarkas, adalah amat terhad sangat, berbandingkan dengan "daerah-daerah putih" lain.  Setiap majlis yang perlu diadakan di waktu malam perlukan permit khas daripada pihak berkuasa dan juga memerlukan kawalan ketat daripada pasukan tentera.

Suasana lori-lori askar yang berulang alik di antara kem-kem ini adalah satu permandangan yang lumrah bagi kami ketika itu.Apabila lori-lori ini datang dari kem di pedalaman, maka Pasar Tanah Merah menjadi meriah, terutamanya apabila askar-askar baru dapat gaji, kerana mereka akan berbelanja dengan "hebatnya". Kuasa membeli mereka adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan penduduk tempatan yang lebih miskin. Mereka akan membeli barang-barang (seperti kain batik dan baju) untuk dikirimkan kepada keluarga mereka di kampung. Pejabat Pos pun menjadi sibuk di waktu ini.

Arwah abang saya sendiri pernah ditempatkan di Kem Batu Gajah, sebelum dipindahkan ke Kem Tanah Merah (lihat gambar di atas). Nanti saya ceritakan lebih lanjut tentang Kem Askat Tanah Merah ini 😊


Comments

Popular posts from this blog

Pasar Tanah Merah

Madrasah Pondok Lama