Main Boh
"Main Boh" atau pun "main air bah/banjir" hanya wujud di kalangan orang Kelantan!!
Pada tahun 1970an, dan rasanya sekarang pun, kalau air mula naik, dan banjir yang masih terkawal (paras air setinggi betis atau lutut), orang ramai akan keluar ke pekan untuk "melihat" kawasan-kawasan yang dinaiki air. Ia seolah-olah satu pesta, dengan kaum wanita keluar dengan pakaian pelbagai warna, berpayung, dan menyinsing kain atau seluar hingga ke paras lutut. Ada juga yang akan mengarung air tanpa menyinsing kain, dan mereka memang jelas kelihatan seronok.
Apabila saya mula duduk di Tanah Merah, saya pun mengikut mak "pergi melihat" kawasan-kawasan yang dinaiki air. Jalan-jalan di hadapan rumah kami dan sekitar kampung kami tidak ber-tar, dan di bahagian-bahagian lembah, air akan menaiki kawasan jalan juga.
Saya masih ingat betapa jernih air banjir waktu itu. Ianya semata-mata air hujan yang tidak sempat mengalir ke sungai, ataupun memang tidak dapat mengalir ke sungai kerana "tersumbat" di kawasan tertentu.
Saya hanya berhenti "main boh" apabila pada satu hari saya mengarung air di kawasan alur, dan saya ternampak lintah yang berenang di dalamnya!! Saya memang terlalu geli dengan lintah, pacat dan cacing!!
Sebut pasal bah dan lintah, ada satu kisah yang saya tidak akan lupa sampai bila-bila! Saya dan rakan-rakan mengaji, selepas habis mengaji, akan mengambil peluang bermain air bah untuk seketika. Satu hari tu saya tidak ikut sama, mungkin saya sudah berjanji dengan mak untuk balik awal. Esoknya baru saya dapat tahu tentang salah sorang rakan saya yang mengarung air bah di kawasan alur (creek) terasa gatal di bahagian sulitnya. Apabila disemak, rupa-rupanya seekor lintah telah melekat di bahagian sulitnya, dan sedang mencuba memasukinya. Abang kawan saya naik panik, cuba manarik lintah itu, tetapi terlalu licin. Mujur Kak Yah (anak Tok guru Quran kami) ada bersama, dan dengan cepat Kak Yah terlintas untuk menggunakan daun kering sebagai alas jari, dan berjaya menarik lintah itu keluar!!!
[Saya tidak tahu sama ada rakan saya dan abangnya beritahu kepada ibubapa mereka atau tidak, tetapi rakan saya itu memang tidak panjang umur. Ketika beliau di darjah 6, sebuah van (atau lori kecik, saya tidak pasti) yang cuai telah merempuh beliau ketika beliau sedang mengayuh basikal ke sekolah. Semoga Allah cucuri ruh beliau. Saya amat sayangkan dia, tetapi sayangnya ketika kemalangan itu terjadi, saya sudah berada di asrama, di sekolah menengah. ]
Mendengar kisah itu, sampai sekarang saya amat fobia dengan lintah mahupun pacat!!
Kini, saya dapat lihat ciri "suka melihat air naik" pada mak meertua saya, hahahahaha.... Kalau hujan tidak henti beberapa hari, dia akan beritahu kami "air naik dah", dan dia suka berpayung untuk meninjau kawasan sekitar rumahnya, melihat setinggi mana air naik. Mujur lah kawasan rumahnya terletak di kawasan yang boleh dikatakan landai, dan tiada anak sungai mahupun tali air yang mungkin boleh membahayakan orang ramai. Air yang naik biasanya kerana hujan tidak henti dan laluan air yang tersumbat, hehehehe.....
Saya tidak pasti kalau generasi anak-anak saya masih gunakan istilah "main boh" atau tidak. Yang pasti saya dan rakan-rakan tentunya mempunyai kenangan manis masing-masing tentang "main boh" ini!!

Comments
Post a Comment