Malam Cerita Melayu
Setiap hari Khamis, pada malamnya (malam Jumaat, istilah orang lama) RTM1 akan tayangkan cerita Melayu. Zaman tu tidak banyak tayangan filem di tv, jadi malam Jumaat adalah malam yang ditunggu-tunggu.
Biasanya pada siang hari itu, kami akan tahu filem apa yang akan ditayangkan. Saya tidak pasti bagaimana, tapi jangkaan saya ialah, mereka yang membaca akhbar, akan membaca "Rancangan TV" dalam akhbar, dan akan memaklumkan kepada rakan-rakan. Tanah Merah ketika itu tidak besar mana pun, jadi dalam waktu yang singkat, rata-rata ramai yang sudah tau apa filem akan ditayangkan pada malam itu.
Bagi kami orang kampung yang tidak mendapat bekalan letrik dan tidak mampu untuk memiliki tv sendiri, kalau kami tahu ceerit itu menarik, contohnya salah satu cerita P Ramlee, kami akan berpakat untuk ramai-ramai ke rumah orang yang ada tv dan sudi untuk berkongsi dengan kami.
Bagi saya dan kakak sepupu saya, biasanya kalau filem itu menarik, kami akan ke kedai "Wan Esah", yang terletak di jalan besar (Jalan Jedok).
Wan Esah ialah nama tuan punya sebuah kedai runcit. Apabila tiba petang Khamis, beliau dan keluarga akan hamparkan lantai rumah mereka dengan tikar supaya orang-orang seperti kami dapat datang dan duduk di atas tikar itu ketika menonton filem yang ditayangkan itu.
Semasa tayangan itu, kedai Wan Esah memang beroperasi. Jadi para penonton berpeluang membeli makanan atau minuman di kedai beliau sambil-sambil menonton filem itu.
Biasanya ketika tayangan, lampu akan ditutup. Kami rasakan macam berada dalam panggung wayang.
Apabila tayangan tamat, lampu dipasang semula. Kami akan ucap terima kasih kepada tuan rumah (Wan Esah & keluarga) dan pulang ke rumah. Walaupun sudah larut malam dan lorong gelap, kami rasakan keseronokan berjalan beramai-ramai dengan berbekalkan lampu picit kecil, sseolah-olah balik daripada meghadiri suatu pesta!!
Mak tidak benarkan saya menonton filem setiap minggu, jadi apabila sekali sekala dapat berbuat demikian, saya rasa amat seronok!!

Comments
Post a Comment