Persediaan Untuk Ke Sekolah

Dalam bulan Disember, 2 atau 3 minggu sebelum sekolah dibuka, senarai keperluan sekolah, termasuk senarai buku teks akan disediakan di pejabat sekolah. Setelah mendapatkan senarai tersebut, kami akan mula mencari barang-barang keperluan tersebut,m terutamanya buku-buku teks.

Di Tanah Merah waktu itu hanya terdapat dua buah kedai buku: Kedai M.I. Ariffin dan kedai "Chop Soon Tuan". Kedua-dua tuan punya kedai itu adalah bapa kepada 2 orang rakan sekelas saya. Saya amat kagumi kedua-dua orang rakan saya kerana bagi saya mereka ini beruntung, kerana apabila buku teks sampai, sudah tentu mereka akan dapat dahulu, hehehe....

Membalut buku teks adalah suatu aktiviti yang seronok bagi saya. Saya akan beli "kertas minyak" yang berwarna cokelat itu, dan mula memotongnya mengikut saiz buku. Biasanya kulit hadapan dan belakang buku akan kami lihat semasa mula-mula buku dibeli. Selepas itu kami akan lupa rupanya sehingga lah akhir tahun, apabila sesi persekolahan nak tamat, baru lah kami buka semula dan perasan rupa muka hadapan dan belakang buku!

Untuk melekatkan kertas balutan, arwah mak akan masak kanji! Beberapa tahun kemudian, baharu lah kami menggunakan bahan yang lebih canggih, iaitu gam yg dibeli di kedai. Saya masih ingat, sama ada kami gunakan gam yang dalam tiub, atau gam yang datang dalam bekas kecil, siap dengan pencalitnya.

Gambar ni menunjukkan gam yang popular beberapa tahun kemudian

(gambar daripada https://i.pinimg.com/originals/cf/7e/b6/cf7eb64443d162e4ad547f7fc89921e7.jpg )

Ada rakan-rakan yang lebih "canggih". Mereka akan balut buku 2 lapis - lapisan kertas cokelat beserta plastik jernih di bahagian luar. Untuk ini mereka memerlukan tape plastik (cellotape) untuk melekatkan kertas dan plastik balutan itu.

Selain daripada buku aekolah, baju, kasu dan stokin sekolah juga penting. Di Tanah Merah masa itu hanya ada satu sahaja kedai Bata, jadi boleh bayangkanlah betapa sibuknya kedai itu! Kasut berjenama Bata juga terdapat beberapa model. Yang popular waktu itu ialah "Badminton Master 200".

Selain kasut Bata, ada di antara kami yang hanya mampu membeli kasut kanvas yang lebih murah, seperti "Fung Keong'.


Comments

Popular posts from this blog

Pasar Tanah Merah

Madrasah Pondok Lama

Tanah Merah Kawasan Hitam