Putu Halba (& Orang Kelantan)
Kita biasa dengar kuih putu mayam, putu piring dan putu bambu. Pernah dengar tak kuih "putu halba"?
Putu halba ni memang unik di Kelantan sahaja, dan yang peliknya ia akan "timbul" atau muncul apabila musim tengkujuh (lebih kurang Disember - Februari) sahaja. Selepas musim banjir/tengkujuh ia akan hilang daripada jualan! Saya akan jelaskan kenapa...
Putu halba ni dibuat daripada ubi kayu, yang diparut, diperah airnya, dijemur sehingga kering (dengan sedikit lembap), di campur dengan biji-biji halba dan dikukus (kemudian dimakan) seperti putu piring.
Kalau di zaman dahulu, putu halba ni saiznya lebih besar daripada saiz putu piring yang kita biasa jumpa, tetapi sekarang ni kebanyakan gerai yang menjual putu halba menggunakan acuan yang sama dengan putu piring.
Kenapa putu halba ni muncul di musim tengkujuh?? Kalau zaman dulu-dulu, apabila musim tengkujuh, selalu berlaku banjir, dan tanah kebun sering ditenggelami air untuk jangka waktu yang lama. Untuk mengelakkan daripada ubi rosak kerana ditenggelami air, ubi ini di gali. Juga di waktu musim tengkujuh ini, suhu agak sejuk (dulu-dulu lah), jadi ubi rebus memang sedap untuk dimakan panas-panas. Cuma, takkan hari-hari nak makan ubi kayu rebus sahaja? Maka timbullah ide-ide untuk pelbagaikan kuih-muih yang menggunakan ubi ini. Salah satu daripada kuih popular itu ialah putu halba! Saya akan ceritakan tentang kuih-kuih ubi di waktu yang lain.
Kenapa saya tau cara membuat putu halba tu? Ini adalah kerana arwah mak saya dulu pernah buat putu halba untuk jualan! Mak memang suka membuat kuih. Dia pernah membuat kuih untuk jualan semasa kami tinggal di Singapura. Apabila balik ke Kelantan, mak masih suka buat kuih untuk makan, dan kalau ada lebih, dia akan suruh saya hantar ke kedai kopi yang terletak di jalan besar, untuk dijual. Putu halba adalah salah satu kuih yang mak buat untuk jualan!
Semasa kami mula-mula pindah, Pakcik (abang mak) mencadangkan kami tanam batang-batang ubi kayu sebagai "Tiang pagar" sekeliling rumah kami. Pakcik kata, daripada tanam kayu biasa, baik lah tanam batang ubi kayu. selepas setahun, boleh makan hasil, iaitu ubinya!!
Setahun selepas itu, memanglah kami mempunyai bekalan ubi kayu yang lebih daripada mencukupi! Di waktu itu lah mak mula membuat putu halba. Macam biasa, mak akan ajar saya cara-caranya, dan akhirnya saya lah jadi tukang parut ubi kayu setiap hari!! Kebanyakan waktunya, mengukus pun saya yang sudahkan. Kelapa parut yang dimakan bersama putu halba pun saya juga lah yang tolong cungkil (dari tempurung) dan parut!
Sekarang orang yang menjual putu halba tidak lagi memarut, memerah dan menjemur parutan ubi tu sendiri. Mereka mendapatkan bekalan "ubi yg sudah diparu dan sedia untuk dikukus" daripada seberang (Siam lah tu). Ramai kawan kata rasanya tidak sama dengan yg asli (ubi parutan segar).
Walau bagaimanapun, orang Kelantan yang diperantauan kalau disebut putu halba, mereka yang meminatinya akan kecur air liur.
Akhir 2017, ada seorang kawan saya yang perihatin di Tanah Merah telah mengirimkan putu halba kepada kami di Lembah Klang. Beliau mengirim melalui anaknya yang pulang ke Shah Alam untuk meneruskan semester. Bukan sedikit, tapi satu beg besar!!!
Dalam bag itu terdapat 10 bekas yang berisi 5 keping putu halba setiap satu!! Saya diamanahkan untuk memberi kepada mana-mana kawan yang teeringin untuk makan putu halba.
Saya terima kiriman itu di waktu malam. Untuk mengelakkannya daripada basi, saya simpan dlm freezer
Poknik (gelaran kawan yg mengirim tu) kata kelapa parut putu sudah di kukus (untuk tahan lama). Nak makan boleh kukus semua semula, dan putu halba akan lembut macam baru masak.
Semoga Allah murahkan rezeki Poknik kerana bermurah hati membeli bukan sahaja putu halba yang banyak, tetapi bekas-bekas khas untuk mengisi putu-putu itu!!!
Sayangnya saya terlupa nak ambil gambar putu halba dalam piring, sebab terus kena "ngap" hahaha!
Gambar dari http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1123&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

Putu halba mmg tok pernah lagi ambo jupo di lembah klang ni. Di kelate pun, payoh jugok nok jupo walaupun musim tengkujuh. Agak2 kalu ada hok start jual putu halba di lembah klang ni, laku besar bekali.
ReplyDeleteActually Jln Pasir Mas ke KB ada byk juga yg jual, tapi keno musim huje lah....
Delete