Sesi Sekolah Inggeris Tanah Merah 1970-1974
SRJK(I) Tanah Merah ialah sekolah saya. SRJK(I) ialah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris), tapi semua orang panggil Sekolah Inggeris Tanah Merah je. Kami meminjam sederet bangunan 1-tingkat, milik Sekolah Menengah Dato Mahmud Paduka Raja (SMDMPR).
Pada 1970, sekolah saya mempunyai 2 sesi persekolahan. Setiap darjah akan mendapat lebih kurang 5 bulan pagi, dan 5 bulan petang. Saya masih ingat, pada awal tahun, saya mendapat sesi pagi. Apabila di pertengahan tahun persekolahan, kami bertukar menjadi sesi petang, dan pelajar sesi petang akan mengikuti sesi pagi.
Pada 1971, SMDMPR mengambil balik bangunan sederet setingkat yang kami gunakan. Maka sekolah kami diarahkan menumpang di bangunan Sek Kebangsaan, yang terletak di Jalan Kusial, bersebelahan dengan Pejabat Pos. Sebagai penumpang, kami diberi sesi petang sahaja. Kami menumpang di sini sehingga 1973.
Pada 1974, kami berpindah sekali lagi. Kali ini kami menumpang di bangunan asrama Sek Men Dato Mahmud Paduka Raja (SMDMPR). Bangunan asrama mereka terdiri daripada 2 blok Walaupun sekolah saya pada asalnya mengadakan 4 tingkat, saling berhadapan, dan dewan makanny terletak di antara kedua-duanya.
Penghuni asrama (yang ketika itu tidak begitu ramai) mengunakan tingkat 3 an 4 bangunan-bangunan tersebut, dan sekolah kami menggunakan tingkat bawah dan tingkat 1. Pihak sekolah menentukan tahun-tahun tertentu sesi pagi untuk sepanjang tahun, dan yang lain di sesi petang. Kalau tidah silap saya Darjah 2,4 dan 6 di sesi ptg dan yang selebihnya di ssesi pagi. Ketika itu saya sudah di Darjah 6, jadi 1 tahun lagi saya bersekolah petang.
Apabila dilihat secara keseluruhan, saya hanya merasa sesi pagi selama 1.2 tahun sahaja, iaitu pada 1970. Empat setengah tahun lagi saya bersekolah di sesi petang.
Apabila mula nak masuk sekolah menengah, saya mera cuak sedikit, kerana saya takut saya tidak boleh bangun pagi. Alhamdulillah, saya mendapat tawaran ke sekolah berasrama penuh, dan sesi persekolahan kami hanya di sebelah pagi sahaja sepanjang 5 tahun saya di sana.
Kini sekolah Inggeris sudah tiada. Apabila ia bertukar menjadi sebuah sekolah aliran kebangsaan, ia mula dikenali sebagai SRK Sri Suria. Kini di Tanah Merah terdapat 3 buah SRK Sri Suria!!

Comments
Post a Comment