Waktu Rehat Semasa Sekolah Rendah
Sekolah kami dulu terdiri daripada sebaris bangunan 1 tingkat, itupun dipinjam daripada Sekolah Menengah Dato Mahmud.
Apabila waktu rehat, berpusu-pusu pelajar ke kantin untuk membeli makanan. Makanan kegemaran saya masa itu ialah nasi lemak yan berharga 10 sen. Air sirap harganya 5sen. Duit bekal yang arwah mak beri ialah 20. Selepas beli nasi lemak dan air sirap, masih ada 5 sen baki untuk masuk tabung.
Masa rehat ni kami makan cepat-cepat sebab nk gi main pulak!! Heran, tapi memang benar, sempat je kami main sebelum loceng berbunyi semula untuk menandakan tamat waktu rehat walaupun waktu rehat cuma 20 minit. Apakah permainan yang popular? "Cop tiang" adalah antara permainan yang digemari. Ada je kawan yang sanggup tk pergi ke kantin sebab nak "book" tiang-tiang koridor untuk kami bermain. Selain daripada itu, main selambut (batu selembat/seremban) juga popular. Biasanya kami gunakan batu-batu yang kami dah kutip terlebih dahulu. Kalau ada kawan yang lebih mampu, mereka akan bawa guli kecil, wpun guli-guli ni bila bergolek susah untuk ditangkap!
Selain daripada permainan yang disebut di atas, ada saja kawan2 terutamanya yang lelaki, yang sempat "main bola" di padang, atau pun main kejar-kejar. Apabila loceng berbunyi, mereka ni akan masuk ke kelas dalam keadaan berpeluh-peluh dan sering dimarahi guru.
Ada waktu kami bawa bekal ke sekolah, dan kami akan ramai-ramai ke salah satu pokok tanjung di tepi pagar sekolah, untuk makan bersama-sama. Menu kegemaran saya ialah nasi putih, telur mata kerbau dan kicap yg sudah diletakkan pada nasi. Sehingga hari ini, setelah lebih separuh abad, bila saya makan nasi dengan telur mata kerbau dan kicap, mesti saya teringat waktu rehat zaman sekolah rendah!!! Juga setiapa kali saya lalu kawasan sekolah itu, apabila melihat kepada pokok tanjung yang dah besar dan sering dicantas, saya terbayangkan saiz pokok-pokok itu di tahun 1970an.....
(gambar daripada https://www.dreamstime.com/stock-photo-kids-playing-under-tree-image26420550https://www.dreamstime.com/stock-photo-kids-playing-under-tree-image26420550)

Kade2 main belago semut itam, bola kadut
ReplyDeleteOh, saya tak ingat hok tu. Set-set jate kot? :)
ReplyDelete