Tok Guru Nik Daud dan Kampung Dalam Pondok Lama
Seingat saya, alamat rumah saya ketika itu ialah D-*** Jalan Sekolah Arab (*** kerana tidak mahu hebahkan angka sebenar), atau pun D-*** Kampung Dalam Pondok Lama.
(Saya pun tak pasti di mana sempadan Kampung Pondok Lama, agaknya di sekitar Masjid Pondok Lama, seperti yang saya bulatkan dalam peta Google MapsⓇ di atas)
Apabila tiba bulan Ramadhan, madrasah Tok Guru akan jadi meriah, kerana setiap malam akan ada solat terawih. Di waktu ini jumlah jemaah tentunya lebih ramai daripada malam-malam biasa. Di zaman tiada letrik, sebelum dan selepas solat terawih, akan kelihatan para jemaah berjalan dengan berbekalkan pelita atau lampu picit yang kecil dan malap...
(Dalam ingatan yang semakin pudar, saya rasa kebun limau Tok Guru terletak dalam bulatan bujur merah di atas)
Ketika itu saya sering mengikut laluan "short cut" untuk ke rumah Pakcik saya, di mana laluan itu selari dengan pagar kebun limau Tok Guru.
Sedihnya, ketika saya di sekolah menengah, saya dimaklumkan Tok Guru meniggal dunia setelah ditikam oleh seorang yang kurang siuman. Kejadian berlaku di pekan Tanah Merah, di siang hari.
(Saya pun tak pasti di mana sempadan Kampung Pondok Lama, agaknya di sekitar Masjid Pondok Lama, seperti yang saya bulatkan dalam peta Google MapsⓇ di atas)
Rumah saya terletak di atas sekeping tanah yang arwah mak beli pada atau sebelum 1969. Yang saya ingat, kami berpindah dari Singapura ke Tanah Merah pada akhir 1969. Ketika itu hanya rumah ibu sahaja yang ada, dengan tangga kayu sementara di hadapan, dan bahagian dapur yang belum siap.
Tanah tersebut bersempadan dengan tanah di mana terletak rumah Makcik Mah, isteri Ustaz Hj Othman. Makcik Mah adalah anak sulung Tok Guru Nik Daud, dan merupakan guru Al-Quran saya dari saya darjah 2 (1970) sehingga 1974. Dengan Makcik Mah saya khatam Quran pada 1972, di usia 10 tahun. Dengan anak-anak perempuan Makcik Mah saya rapat. Mereka ialah Kak Pah dan Kak Yah. Jika hujung minggu atau musim cuti sekolah, saya banyak habiskan masa dengan mereka. Kadang-kadang mereka bawa saya ke balaisah (madrasah/surau) milik Tok Guru. Dengan isteri Tok Guru dan anak Tok Guru (Kak Nik Rashidah) pun saya biasa bergaul.
Apabila tiba bulan Ramadhan, madrasah Tok Guru akan jadi meriah, kerana setiap malam akan ada solat terawih. Di waktu ini jumlah jemaah tentunya lebih ramai daripada malam-malam biasa. Di zaman tiada letrik, sebelum dan selepas solat terawih, akan kelihatan para jemaah berjalan dengan berbekalkan pelita atau lampu picit yang kecil dan malap...
Yang paling saya ingat tentang Tok Guru ialah kelas agama beliau yang dibuat selepas solat maghrib dan wirik, sementara menantikan waktu isyak. Waktu ini lah saya banyak belajar pasal Islam, terutamanya ilmu Feqah dan Tauhid.
Selain daripada itu, kelas agama sering diadakan juga pada pagi Jumaat, yang banyak kali juga penceramah jemputan ialah Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Hashim Yahya (ketika itu pensyarah di Nilam Puri).
Selain daripada itu, kelas agama sering diadakan juga pada pagi Jumaat, yang banyak kali juga penceramah jemputan ialah Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Hashim Yahya (ketika itu pensyarah di Nilam Puri).
Apabila saya sudah di sekolah menengah, saya hanya pulang ke rumah semasa cuti sekolah sahaja. Itu pun saya banyak habiskan cuti di Johor, kerana saya ingin berada dekat dengan abah, yang ketika itu masih bekerja di Singapura, dan menetap di Johor Bahru.
Saya ingat Tok Guru Nik Daud ada kebun limau yang agak besar. Kadang-kadang Kak Pah dan Kak Yah bawa saya ke sana (kebun datuk mereka).
(Dalam ingatan yang semakin pudar, saya rasa kebun limau Tok Guru terletak dalam bulatan bujur merah di atas)
Ketika itu saya sering mengikut laluan "short cut" untuk ke rumah Pakcik saya, di mana laluan itu selari dengan pagar kebun limau Tok Guru.
Sedihnya, ketika saya di sekolah menengah, saya dimaklumkan Tok Guru meniggal dunia setelah ditikam oleh seorang yang kurang siuman. Kejadian berlaku di pekan Tanah Merah, di siang hari.
Apabila dunia Internet semakin meluas, saya cuba mencari maklumat tentang Tok guru, dan saya temui blog yang menyebut nama Tok Guru sebagai salah seorang ulama terkenal Kelantan.
Semak di sini untuk sebutan nama Tok Guru Nik Daud. Rupanya beliau adalah anak murid Haji Saad Kangkong (1893-1943)
Comments
Post a Comment