Posts

Air Batu di Bulan Ramadhan

Image
 Kampung saya tidak ada letrik, jadi kami tidak memiliki peti ais, walaupun saya rasa mak dan abah saya mampu membelinya. Hari-hari kami hanya minum air masak pada suhu bilik. Sekali sekala bila teringin untuk minum yang sejuk, saya atau abah akan kayuh basikal ke kedai yang terletak agak jauh dari rumah kami. Yang penting ialah kedai itu terletak di jalan besar, jadi ia ada peti air 2 pintu yang sering kita lihat di kedai-kedai runcit.  Air yang berais dianggap suatu yang mewah. Pada bulan puasa, terutamanya pada hari-hari yang agak panas, maka ais menjadi rebutan kami. Ktika itu tidak ada kilang ais yang boleh membekalkan ais kepada kedai-kedai. Tuan kedai sendiri akan membuat ais dalam bekas logam yang berbentu empat segi panjang. Apabila ais sudah keras, beliau akan memotong bongkah ais itu kepada beberapa ketul yang lebih kecil. Setiap ketul dibalut dengan surat khabar dan dijual pada harga 10 sen. Ada juga ais yang dibuat dengan mengisi air dalam plastik yang lebih kecil...

Bulan Ramadan Bahagian 1

Saya sudah semakin tua, banyak benda yang saya sudah lupa.... Tetapi apabila Ramadan menjelma, kenangan-kenangan manis di bulan Ramadan tetap menyentuh jiwa.... Antaranya: Sahur Juadah berbuka Ais untuk berbuka Solat Terawih Oleh kerana abah masih lagi bekerja di Singapura dan hanya akan pulang di hujung bulan, kebanyakan waktu Ramadhan hanya saya dan ibu sahaja.  Walaupun kami mmpunyai jam loceng, kebanyakan pagi kami dikejut juga oleh bunyi kertuk surau berdekatan. Makanan sahur tidak begitu menarik, dan saya tidak ingat apa-apa juadah yang istimewa. Kebanyakan waktu kami sekadar memanaskan lauk pauk lebihan berbuka sahaja.  Yang paling saya ingat ialah selepas imsak, kami akan ke surau untuk solat subuh. Jika kami berhajat untuk berbuka dengan kuih muih tertentu, perancangan nya akan bermula se awal pagi. Mak akan menyuruh saya membasuh dan merendan beras atau beras pulut, bergantung kepada kuih yang akan kami sediakan. Di waktu itu kami tidak pernah beli (atau ju...

Tok Guru Nik Daud dan Kampung Dalam Pondok Lama

Image
Seingat saya, alamat rumah saya ketika itu ialah D-*** Jalan Sekolah Arab (*** kerana tidak mahu hebahkan angka sebenar), atau pun D-*** Kampung Dalam Pondok Lama. ( Saya pun tak pasti di mana sempadan Kampung Pondok Lama, agaknya di sekitar Masjid Pondok Lama , seperti yang saya bulatkan dalam peta Google MapsⓇ di atas ) Rumah saya terletak di atas sekeping tanah yang arwah mak beli pada atau sebelum 1969. Yang saya ingat, kami berpindah dari Singapura ke Tanah Merah pada akhir 1969. Ketika itu hanya rumah ibu sahaja yang ada, dengan tangga kayu sementara di hadapan, dan bahagian dapur yang belum siap.  Tanah tersebut bersempadan dengan tanah di mana terletak rumah Makcik Mah, isteri Ustaz Hj Othman. Makcik Mah adalah anak sulung Tok Guru Nik Daud, dan merupakan guru Al-Quran saya dari saya darjah 2 (1970) sehingga 1974. Dengan Makcik Mah saya khatam Quran pada 1972, di usia 10 tahun. Dengan anak-anak perempuan Makcik Mah saya rapat. Mereka ialah Kak Pah dan Kak Yah....

Tanah Merah Kawasan Hitam

Image
Di tahun 1960-an dan 1970-an, sesuatu kawasan di negeri Kelantan dikategorikan sebagai kawasan hitam atau putih. Kawasan putih ialah kawasan yang dianggap selamat, seperti Kota Bharu Pasir Putih, Bachok dan Pasir Mas, manakala kawasan hitam pula ialah kawasan yang dianggap tidak selamat dan masih dikhuatiri diancam komunis. Tanah Merah adalah antara bandar/pekan yang dikategorikan sebagai kawasan hitam. Kawasan hitam memerlukan pemantauan oleh pasukan tentera. Di Tanah Merah, kawasan di hadapan stesen keretapi Tanah Merah,  bersebelahan dengan kilang papan, merupakan Kem askar. Kem tersebut juga bertentang dengan Sek Men Dato Mahmud Paduka Raja. Daripada Google Maps Ⓡ, kem askar dulu terletak dalam petak merah: Dari pekan Tanah Merah menuju ke Batu Gajah, Batu Melintanh dan Jeli, semua itu adalah kawasan hitam. Memang terdapat kem-kem askar di kawasan tersebut. Jeli adalah destinasi yang begitu jauh dan amat "ulu" ketika itu!! Apakah implikasi apabila dilabelk...

Pertandingan Membaca Ikrar Rukunegara

Image
Siapa pernah hafal Ikrar Rukunegara? Ikrar ini diperkenalkan pada awal  1970an. Pada tahun 1971 atau pun1972 saya mengambil bahagian dalam pertandingan membaca ikrar. Saya tidak pasti, tapi saya rasa pertandingan itu diadakan sempena Bulan/Minggu Muhibbah. Untuk tujuan itu mula-mula saya kena hafal ikrar tersebut. Kemudian kita hendaklah membuat ikrar itu dengan penuh yakin. Senang je kan? Rupa-rupa nak menghafal ni adalah masalah suatu masaalah bagi kebanyakan pelajar yang mengambil bahagian!!  Oleh kerana saya telah menghafal dengan baik dan menyampaian dengan penuh keyakinan, maka saya menang di peringkat sekolah. Saya kemudiannya mewakili sekolah saya di peringkat daerah. Cikgu pesan untuk “buat elok-elok”. Saya sendiri pun tak tau macam mana lagi nak buat elok-elok. Yang saya tau saya sudah hafal ikrar, suara saya lantang dan sebutan saya juga sudah jelas. Ini bukan sajak atau syair, nak buat suara berirama atau mendayu-dayu.  Saya masih ingat perta...

Bubur Asyura

Apabila 10 Muharram tiba, maka bermula lah musim bubur asyura. Pengalaman saya dengan bubur asyura ini ialah pada tahun 1970. Sebelum itu saya di Singapura dan tidak pernah perasan pun dengan istilah bubur asyura. Sek Agama Al-Ihsan ketika itu adalah sebuah sekolah agama rakyat yang terletak berdekatan dengan rumah saya. Alamat rumah saya D-***, Jalan Sekolah Arab, Tanah Merah; memangpun merujuk kepada sekolah tersebut.  Pada tahun 1970 sekolah tersebut telah mengadakan Majlis Kacau Bubur Asyura, dan telah menghantar jemputan kepada kejiranan yang terdekat, termasuk lah ke rumah kami. Arwah mak malas untuk hadir, sebaliknya memberikan saya $2 dan menyuruh saya sahaja yang hadir. Alasan mak, saya kenal rapat dengan jiran kami, Kak Pah & Kak Yah, yang merupakan pelajar di situ. Malah, bapa kepada Kak Pah & Kak Yah, iaitu Tuan Haji Othman, adalah Guru Besar sekolah itu pada waktu itu. Mak saudara Kak Pah dan Kak Yah, iaitu Kak Nik Rashidah, juga merupakan pelajar di situ. ...

Bukit Remah

Pada akhir 1969, semasa kami mahu berpindah dari Singapura ke Kelantan, arwah mak meminta barang-barang kami dihantar oleh KTM (Keretapi Tanah Melayu) dari stesen Tanjung Pagar (Singapura)  ke stesen Tanah Merah. Orang yang bertugas di stesen Tangjung Pagar berkeras mengatakan tiada stesen bernama "Tanah Merah" dalam senarai stesen-stesen KTM untuk perkhidmatan Keretapi Mel. Jenuh arwah mak bertekak dengan mereka. Akhirnya arwah mak akur, dan setuju untuk barang-barang kami dihantar ke Pasir Mas. Apabila kami pulang ke Kelantan baru kami tahu stesen Tanah Merah adalah "stesen baru" untuk Keretapi Mel. Seblum itu ia hanya lah sebuah stesen untuk perkhimatan keretapi tempatan sahaja ("Local car"). Sebelum itu ia dikenali sebagai stesen "Bukit Remah" dan tidak termasuk dalam senarai stesen Keretapi Mel. Saya bertanya arwah mak, kenapa "Bukit Remah"? Mak kata Bukit Remah itu adalah nama bukit (yang tak berapa tinggi pun) yang terletak d...