Malam Cerita Melayu
Setiap hari Khamis, pada malamnya (malam Jumaat, istilah orang lama) RTM1 akan tayangkan cerita Melayu. Zaman tu tidak banyak tayangan filem di tv, jadi malam Jumaat adalah malam yang ditunggu-tunggu. Biasanya pada siang hari itu, kami akan tahu filem apa yang akan ditayangkan. Saya tidak pasti bagaimana, tapi jangkaan saya ialah, mereka yang membaca akhbar, akan membaca "Rancangan TV" dalam akhbar, dan akan memaklumkan kepada rakan-rakan. Tanah Merah ketika itu tidak besar mana pun, jadi dalam waktu yang singkat, rata-rata ramai yang sudah tau apa filem akan ditayangkan pada malam itu. Bagi kami orang kampung yang tidak mendapat bekalan letrik dan tidak mampu untuk memiliki tv sendiri, kalau kami tahu ceerit itu menarik, contohnya salah satu cerita P Ramlee, kami akan berpakat untuk ramai-ramai ke rumah orang yang ada tv dan sudi untuk berkongsi dengan kami. Bagi saya dan kakak sepupu saya, biasanya kalau filem itu menarik, kami akan ke kedai "Wan Esah", yang...